|
PESAPERA: Malaysia at War
It's been a year
since the release of PESAPERA: Malaysia at War on the
internet. Along the time, the animation also has been showed
to the public at MTC and PWTC, broadcasted in television
during the celebration of Malaysian Independence Day and
several other events. Recently, the animation was presented
at Chulalongkorn University in Bangkok. PESAPERA has
received a lot of comments and critics from viewers.
Reviews!
(in Bahasa
Malaysia)
Posted
by Mr.Bearzz
www.unikl-bmi.blogspot.com
19th June
2008
Hmmm.... Tak
sangka video animasi pendek ni telah dibangunkan sendiri
oleh bebudak UniKL MIIT(dulu dikenali UniKL IIM). Apa komen
dari aku??? "2 Thumbs Up!!!!"...... Huhuhuhu... Memang stylo
laa video nih. Ianya menggambarkan Malaysia pada tahun 2057
dimana pada masa tu Malaysia telah genap berumur 100 tahun!!!
Dan pada umur 100 tahun, Malaysia telah berjaya menyiapkan
ketumbukan pasukan pertahanan yang kuat di dunia di mana
pada masa tu kebanyakan negara Eropah telah mengalami
kejatuhan.
Aku ingin sentuh
nilai-nilai yang dibawa di dalam filem animasi ni..... Apa
yang membanggakan, syarikat kereta negara telah pun
joint forces dengan TUDM dimana diorang menamakan
pasukan diorang Pesapera. Pada masa tu
jugak, Malaysia telah berjaya mencipta jet pejuang
supersonik yang berkebolehan membuat aksi aerobatik ular
tedung seperti jet pejuang Sukhoi SU30-MKM kebanggaan negara
kita pada masa ni. Selain tu, jet pejuang ni jugak ada 2
buah afterburner yang membolehkan jet pejuang ni kruis di
udara. Tapi yang spoiltnya, bentuk jet tersebut yang tak
aerodinamik. Walaupun ini animasi, tapi permulaan yang bagus.
Harap satu hari nanti animasi macam ni dapat dihasilkan di
Malaysia. Who knows...
Selain tu,
nilai-nilai murni yang dibawa dalam filem animasi ni adalah
perpaduan kaum di mana juruterbang-juruterbang yang dalam
misi memusnahkan misil "Big-Broher 4" yang ingin memusnahkan
stesen angkasa SILINDER yang mengawal perimeter pertahanan
Malaysia terdiri dari Jamal(first skali kena tembak), Cheng,
Gopal dan Razak(Ketua Skuadron).
Ia juga
menampilkan watak Perdana Menteri Malaysia yang ke-??
dimaklumkan tentang peperangan yang sedang berlaku di Selat
Melaka dan beliau mendoakan kehadrat Allah s.w.t semoga
pasukan tentera Malaysia pulang dengan kejayaan. Akhirnya,
setelah berperang selama beberapa minggu, akhirnya pada
tanggal 31 Ogos 2057 Malaysia berjaya di dalam peperangan tu
menewaskan United Liberation Army, sebuah pertubuhan
pengganas antarabangsa.
Watak PM yang ke-??
ditampilkan disini sebagai sungguh berwawasan dengan berjaya
mewujudkan perimeter pertahanan negara yang sungguh canggih
dan membangunkan negara dengan penuh lestari(lihat dari
latar belakang KLCC dan Menara KL).
Apa-apa pun,
banyak mesej yang ingin dibawa dalam filem animasi pendek ni
dan secara tiba-tiba, aku merasakan perasaan patriotik
kepada negara kita Malaysia menyelinap dalam salur-salur
darah aku dan aku terlupa seketika masalah-masalah negara
yang dihadapi kini dan aku boleh membayangkan masa depan
negara Malaysia yang lebih gemilang di masa depan.!!!!
Posted
by Izzudin
http://blog.izz.my/pesapera-malaysia-at-war/
19th June
2008
Sebuah animasi pendek hasil
Kamil Studios telah pun
dikeluarkan di YouTube pada 31
Disember 2007 yang lepas. Pesapera: Malaysia At War sudah
dikeluarkan buat pertama kali pada bulan Mei 2006, dan telah
dipertontonkan di khalayak ramai di MTC dan PWTC pada 31
Ogos tahun lalu.
Filem
animasi pendek berbahasa Melayu ini berunsur futuristik.
Berlatarkan tahun 2057, Pesapera: Malaysia At War
mengisahkan bagaimana Malaysia mempertahankan negara yang
diancam oleh pengganas.
Sekitar
tahun 2049, United Liberation Army atau ULA telah menawan
sebahagian besar daripada Eropah. Sejurus itu, Malaysia
mengambil langkah mewujudkan Perimeter Pertahanan yang
dikawal oleh sebuah stesyen angkasa bernama SILINDER. Pada
Ogos 2057, ULA telah menyasarkan sebuah misil ke SILINDER.
Misil itu gagal dimusnahkan oleh PESAPERA, iaitu tentera
udara gabungan PROTON dan TUDM. Setelah pertahanan Malaysia
dibolosi, bermulalah peperangan antara ULA dengan Malaysia
di Selat Melaka. Sebahagian bandaraya besar di Malaysia
musnah akibat serangan ULA. Bagaimanapun, dengan perpaduan
rakyat, Malaysia berjaya menewaskan ULA pada bulan yang sama.
Maka rakyat Malaysia menyambut 31 Ogos 2057 dengan penuh
gilang gemilang.
Animasi ini masih lagi dalam proses
membaikpulih, memang ia tak lawa sangat. Jalan cerita pula,
bagi saya, tidak berapa menarik. Kalau saya, saya akan buat
Malaysia kalah. Ala-ala
Api Malaysia gitu.
Walaubagaimanapun, Kamil telah membuat satu karya yang bagus
sempena 50 tahun kemerdekaan. |